Pakej Aktiviti Lawatan Sambil Belajar

Kami ada pakej Lawatan Sambil Belajar yang sangat menyeronokkan dan pasti bermanfaat. 


Bayangkan dalam kebun kecil yang ada sawah mini, bebiri, itik, kolam ikan, kolam selut dan belajar tentang tumbuhan liar di atas bukit sambil menikmati suasana hutan mini 🥳.





Apa contoh aktiviti STEM tu? 

Guna daun untuk hasilkan arus elektrik, mengenal penapis air semula jadi, cara hilangkan bau busuk di kebun, belajar tentang keseimbangan eko-sistem secara hands on dan banyak lagi. Menarik kan?


Paling syok, nak buat trip untuk keluarga, kenalan, agensi atau sekolah sahaja pun boleh. 


Berapa umur yang sesuai? Boleh datang berapa orang?


**************************

Umur 10 tahun - dewasa

Maksima 20 orang
Minima seorang

**************************

Umur 3-9 tahun 
Wajib ada guru/penjaga yang turut serta. Maksudnya kalau anak/murid ambil pakej 2 guru/penjaga pun ambil pakej yang sama. 

Umur bawah 3 tahun (2 tahun 11 bulan ke bawah) adalah percuma. 

**************************

Kalau tak cukup orang tak boleh join? 

Boleh. Tapi pilih tarikh yang dah ada orang tempah

Kalau untuk sekolah/agensi nak datang lebih 20 orang boleh tak? 

Boleh. Maksima 45 orang dan boleh hubungi kami dulu untuk kami susun aktiviti yang bersesuaian dengan peserta. Aktiviti berkayak akan ditukar dengan aktiviti yang lain.

Boleh tak nak datang "walk-in"? 


Tak boleh. Mesti buat tempahan tarikh dulu sebelum datang. Mama Q3 Funland adalah tanah persendirian dan di buka hanya untuk mereka yang buat tempahan sahaja. 


 
Copyright © MQ3 Funland