Kenali Kami

Pengasas Mama Q3 Funland:

Pn. Zamzarina 'Aidah Hamzah atau dikenali sebagai Mama Q.

Berasal dan menetap di Jelebu Negeri Sembilan.

Berpengalaman sebagai Pengaturcara Komputer selama 13 tahun. Sebelum itu pernah bekerja sebagai Tutor Kimia & Juruteknik Komputer.

Kerap membuat kelas dan bengkel STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di serata negeri di Semenanjung Malaysia. Kini menjalankan program agro-pendidikan tema STEM di Mama Q3 Funland Kg. Kerangai Jelebu Negeri Sembilan. 

Harian Metro

Mama Q3 Funland:

Mama Q3 Funland terletak di Kg. kerangai, Jelebu Negeri Sembilan. Lokasi di tanah yang berkeluasan 2.5 ekar ini adalah berasal dari tajuk projek homeschool 3 puteri Mama Q iaitu Qaisara, Qisya dan Qayra (3Q). 


80% dari projek ini adalah hasil tangan sendiri yang kami bina bersama sedikit demi sedikit sejak tahun 2015. 
2018: Ubahsuai Bangsal

Bermula dari tanah terbiar dan kawasan belukar, kami pulihkan semula eko-sistem di sini dan mengamalkan konsep kelestarian alam. 






Pada awalnya Mama Q3 Funland hanya di buka kepada followers kami di media sosial sahaja dengan tujuan berkongsi pengalaman dan ilmu projek DIY, pendidikan STEM dan kelestarian alam yang telah kami jalankan di sini dan juga sebagai praktikal pembelajaran 3Q.

Program pertama tahun 2017

Hasil dari projek homeschool ini, kami ada laman ternakan (bebiri, ayam, itik dan kelulut), kolam talapia, sebuah kayak, kolam selut, sawah mini (tanaman padi pulut hitam), di kelilingi pokok buah-buahan, private farmstay dan kafe pizza (khas untuk pengunjung yang membuat tempahan sahaja). Tak besar tapi banyak perkara boleh belajar di sini.

Kini lebih 10 tahun Mama Q3 Funland telah pun menjadi pilihan lokasi agro-edutainment untuk lawatan sambil belajar. Bukan hanya untuk pelajar tetapi sesuai untuk yang berumur dari 3 tahun hingga dewasa. Warga emas pun kami terima. 

Kami di keratan akhbar dan televisyen

 
Copyright © MQ3 Funland